Pernah tak terfikir, "Aku punya follower dah beribu kat TikTok, jualan pun lebat kat IG, buat apa nak bazir duit buat website?"
Bunyinya macam logik, kan? Tapi sebenarnya, bergantung 100% pada media sosial ni ibarat kita menumpang niaga kat rumah orang. Kalau tuan rumah tukar kunci atau robohkan rumah tu, kita nak pegi mana?
Jom kita tengok kenapa website ni 'game changer' untuk bisnes korang.
1. Website Tu "Rumah" Sendiri, Bukan Menumpang
Media sosial ni macam pasar malam. Tapak tu bukan kita punya. Kalau tiba-tiba algoritma berubah atau akaun kena banned (mintak simpang!), terus hilang pelanggan kita. Website pula adalah kedai tetap korang. Tak ada siapa boleh sesuka hati tutup kedai korang tu.
2. Lebih Professional & Dipercayai
Kalau orang Google nama bisnes korang dan nampak website yang kemas, tahap kepercayaan (trust) terus naik mencanak. Orang nampak korang ni serius berniaga, bukan sekadar 'main-main' kat status.

3. Senang Orang Nak Cari (SEO)
Bila orang cari "Servis Cuci Kasut Bangi" kat Google, website korang ada peluang untuk muncul kat depan. Media sosial susah sikit nak 'lekat' kat enjin carian berbanding website yang ada info lengkap. Kat website senang nak cari sesuatu.Klik je menu berbanding di media sosial ,kena skrol dan skrol post lama-lama.
Media sosial tu bagus untuk tarik orang datang, tapi website adalah tempat untuk tutup jualan (closing) dan simpan database pelanggan. Gabungkan dua-dua ni, baru bisnes korang 'terbang' tinggi!
Jadi, korang dah ada website sendiri ke belum? Kalau belum, mungkin ni masanya untuk mula. 😉
0 Comments