Jalan santai, tempat cantik, trip tersusun
Seoul → Nami Island → Mt. Seorak → Everland


Kalau tuan/puan nak ke Korea tapi tak mahu trip yang kelam-kabut, pakej Korea Classic ni memang sesuai. Tempat yang kami bawa pun jenis “wajib pergi” dan mudah dinikmati, bukan tempat pelik-pelik yang penat tapi tak sempat rasa.

Trip bermula setibanya di Incheon, kita singgah Hongdae Fashion Street untuk rasa suasana Seoul yang hidup dan kemas. Lepas itu bergerak ke Gangwon-do untuk suasana lebih tenang. 

Antara momen paling ramai orang suka:

🌿 Nami Island
Tempat dia cantik dan nyaman. Jalan santai di bawah deretan pokok, ambil gambar keluarga, suasana memang sesuai untuk semua peringkat umur. Kita juga singgah Petite France & Italian Village sebelum masuk Nami. 

🏔️ Mount Seorak National Park
Ada lawatan ke Shin Heung Temple dan Kwonkeum Castle Fortress, kemudian naik cable car untuk tengok pemandangan gunung dari atas. Yang ini biasanya jadi “highlight” sebab view dia memang luas dan cantik. 

🎢 Everland Theme Park
Walaupun theme park, tempat ni tak semestinya untuk budak sahaja. Banyak spot cantik untuk berjalan dan bergambar, sambil rehat dan menikmati suasana. 
Di Seoul pula, kita gabungkan sejarah dan membeli-belah dengan cara yang selesa:
🏯 Gyeongbok Palace
🧕 Solat di Seoul Central Mosque (Itaewon)🛍️ Starfield COEX Mall, Dongdaemun & Myeongdong
🥬 Aktiviti DIY buat Kimchi + pakai Hanbok untuk bergambar kenangan. 

Trip ni sesuai untuk yang nak:
✅ tempat cantik & pengalaman Korea yang lengkap
✅ ada masa berjalan santai
✅ mudah untuk keluarga dan warga emas


📩 Nak itinerary penuh + tarikh trip? 
Wasap 👉 Nak g korea

SSM 1029068 P | KPL-7168